Usahawan tawar jentolak bantu operasi musnahkan kebun durian haram

Ali bersama sebahagian jentolak miliknya yang sanggup dihantar ke Raub untuk membantu anggota JPNP.
Ali bersama sebahagian jentolak miliknya yang sanggup dihantar ke Raub untuk membantu anggota JPNP.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang usahawan dari Kuala Krai, Kelantan menawarkan jentolak miliknya untuk membantu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam operasi memusnahkan kebun durian haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub.

Ali Omar, 34, menawarkan menggunakan enam jentolak miliknya secara percuma untuk membantu anggota penguat kuasa jabatan itu

dengan memuat naik status berkenaan perkara itu di Facebooknya pada Selasa sebelum ia tular.

Menurutnya, dia berhasrat untuk membantu anggota terlibat dalam operasi tersebut.

"Saya lihat dengan keluasan kawasan terlibat lebih 100 hektar, sangat luas jadi ia sedikit membebankan anggota terlibat.

"Dengan penggunaan lebih banyak jentolak ia akan mengurangkan beban dan masa anggota," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN:Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan

Durian musang king: Sebulan tempoh musnah kebun

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, jika khidmat jentolak miliknya diterima, dia akan segera melakukan penghantaran jentera terbabit ke lokasi kejadian.

"Saya telah berhubung dengan pegawai jabatan dan nampaknya ada maklum balas positif.

"Jadi saya berharap dengan penggunaan jentolak terbabit dapat membantu pihak jabatan," tambahnya.

Dalam pada itu, Ali menyokong sepenuhnya usaha kerajaan negeri Pahang membanteras peneroka haram yang telah banyak menikmati keuntungan menerusi jualan durian musang king selama ini.

"Sudah tiba masanya usaha membanteras peneroka haram dilakukan dan saya mengharapkan urusan anggota terlibat berjalan lancar," katanya.