X

Kindly register in order to view this article
!

Tular bernikah, timbalan menteri mohon maaf

Che Abdullah (dua dari kanan) ketika meninjau Jelapang Padi Seberang Perak ketika lawatan kerjanya di sini pada Selasa.
A
A

PASIR SALAK - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Che Abdullah Mat Nawi memohon maaf berhubung isu perkahwinannya yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu terbabit selepas menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat.

Menurutnya, isu tular itu melibatkan peribadi dan privasi keluarga yang tidak sepatutnya diketahui umum.

"Saya terlebih dahulu memohon maaf sekiranya isu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan saya dalam minggu ini menyinggung mana-mana pihak.

"Isu seperti ini sepatutnya tidak berlaku. Ia seolah-olah berniat mahu mengaibkan atau menjatuhkan maruah saya sekeluarga atau mungkin untuk mengganggu kerja-kerja saya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Jelapang Padi Seberang Perak di sini pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tidak pernah lulus nikah secara dalam talian'

Che Abdullah berkata, isu berkenaan sewajarnya ditangani secara peribadi dan bukan untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai.

Beliau turut berharap masyarakat menghormati privasinya dan keluarga.

"Sehubungan itu saya memohon kepada semua pihak supaya memberi keadilan dan ruang kepada saya untuk menyelesaikan isu ini dengan baik.

"Alhamdulillah isu ini tidak mengganggu saya untuk terus melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan ahli Parlimen," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan dan media yang memberikan semangat serta doa untuk berdepan isu tersebut.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial gambar dan rakaman video mengenai pernikahan timbalan menteri berkenaan dengan seorang wanita.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!