X

Kindly register in order to view this article
!

Polis tahan lelaki, rampas air dan daun ketum

Penahanan seorang lelaki di Taman Lubok Jong, Rantau Panjang membawa kepada rampasan air dan duan ketum dalam serbuan pada Isnin.
A
A

PASIR MAS - Penahanan seorang lelaki di Taman Lubok Jong, di sini membawa kepada rampasan air dan daun ketum dalam serbuan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai bertindak sebagai pengedar air ketum itu dicekup dalam serbuan pada jam 11.25 malam.

Menurutnya, selain air dan daun ketum pihaknya turut merampas 150 karton rokok hasil pemeriksaan yang dilakukan di rumah berkenaan.

"Kejayaan ini hasil tindakan pantas anggota Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pasir Mas sejurus menerima maklumat berkaitan aktiviti berkenaan," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menurutnya, bertindak atas maklumat diterima polis berjaya menahan seorang lelaki dalam serbuan tersebut.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut telah menjumpai air ketum di dalam sebuah peti sejuk yang berada di ruang tengah rumah berkenaan yang dianggarkan berjumlah 2.5 liter.

"Polis kemudiannya turut menjumpai 18 gulung plastik mengandungi daun ketum seberat 3.5 kilogram.

"Saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Mohd Nasaruddin berkata, kes disiasat bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!