Vios baharu serba lengkap

A
A

Model generasi ketiga untuk pasaran Malaysia

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memperkenalkan model serba baharu Vios untuk pasaran Malaysia yang kini sudah memasuki generasi ketiga. Toyota Vios serba baharu ini bukan saja menerima perubahan baharu pada rupa bentuk tetapi turut dipertingkatkan lagi ciri keselamatan untuk pemanduan yang lebih selamat, selesa serta menyeronokkan. Kesemua varian ini telah menerima pengiktirafan lima bintang oleh ASEAN NCAP dan turut mempunyai tujuh beg udara SRS, kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dan juga bantuan bantu mula cerun (HAC).

Enjin baharu

Perubahan paling ketara pada Vios baharu ini adalah pada enjinnya. Menggunakan enjin 2NR-FE yang mampu menghasilkan kuasa 107PS dan tork 140Nm. Enjin aluminium sepenuhnya yang didatangkan dengan sistem Dual VVT-i itu membolehkan pemasaan tutupan/bukaan injap pada ekzos sentiasa berubah mengikut kondisi pemanduan.






Ruang enjin
Ruang enjin

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT tujuh kelajuan sekali gus menggantikan kotak gear automatik empat kelajuan model sebelumnya. Padanan enjin baharu dan kotak gear CVT yang diambil daripada Altis itu menawarkan penjimatan bahan api sehingga 18 peratus berbanding rangkaian kuasa sebelumnya. Maka tidak hairanlah, jika Vios layak mendapat pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV) baru-baru ini.

Rekaan Dalaman

Dari segi rekaan dalaman Vios baharu ini pula, rekaan papan pemuka dan kawalan pendingin hawa turut direka semula dengan penggunaan kawalan pendingin hawa digital dan automatik, serta mempunyai tambahan pengecas USB pada bahagian konsol tengah untuk penumpang belakang dan juga mempunyai kerusi dengan balutan upholsteri baharu.

USB Charging Port
USB Charging Port

Vios serba baharu ini juga memberi kesenyapan pemanduan di mana ia telah dipertingkatkan bahan penebatnya. Dalam pada itu, varian G pula hadir dengan ruang dalaman balutan kulit, lampu utama projektor, rim 16 inci, filem penapis haba premium, paddle shifter, kluster instrumen Optitron dengan paparan pelbagai maklumat (MID) bersaiz 4.2 inci, enam pembesar suara dan sensor parkir depan.

Sebagai varian yang teratas, varian G juga turut dilengkapi dengan meter jenis Optitron dengan pelbagai informasi dan juga sistem infotainmet DVD-AVX Manakala cermin pandang belakang, Electrochromic dan suis mode pemanduan sebagai ciri standard. Keselamatan yang diutamakan untuk Toyota Vios serba baharu ini yang mana mempunyai sistem amaran titik buta, sistem kamera panaromik, perakam video digital hadapan dan amaran trafik belakang di mana ciri ini kebiasaan diguna pakai pada model Toyota yang lebih besar.

Varian E pula didatangkan bersama lampu belakang LED, lampu kabus, cermin sisi automatik dengan lampu isyarat, stereng pelbagai fungsi dan sistem infotainment DVD-AVX dengan kamera 360 darjah. Pada bahagian kabin, tempat duduknya dibalut dengan kulit, kecuali varian 1.5 E dan 1.7 J yang menggunakan balutan fabrik.

Sistem audio pula telah dinaiktaraf dengan unit 2 DIN bersama skrin sentuh 6.8 inci dan pemain DVD untuk varian 1.5 TRD Sportivo, 1.5 GX dan 1.5G dan 1.5 E. Sistem multimedia ini menawarkan pilihan ketersambungan AUX, port USB dan bluetooth. Ia juga didatangkan dengan ciri pengecaman suara. Jadi pemandu tidak perlu mengalihkan tangan daripada stereng.






Paddle Shifters
Paddle Shifters

Ciri Keselamatan

Ciri keselamatan turut dipertingkatkan bagi varian ini seperti sistem peninjau pandangan panoramik, perakam video digital hadapan (DVR) dengan ciri amaran perlanggaran depan (FCW) dan amaran pertukaran lorong (LDW). Ketiga-tiga model ini juga menerima tujuh beg udara, Lampu Nyalaan Siang (DRL), Brek Anti-Kekunci (ABS), Agihan Daya Brek Elektronik (EBD) dan cagak ISOFIX. Model Vios lima tempat duduk generasi ketiga itu ditawarkan dengan tiga varian iaitu J, E dan G dengan harga anggaran masing-masing RM77,200, RM81,200 dan RM87,300. Lima pilihan warna ditawarkan iaitu biru metalik, merah metalik, hitam, perak dan putih.






7 SRS beg udara ditawarkan pada semua varian.
7 SRS beg udara ditawarkan pada semua varian.

Vios juga hadir dengan dua warna baharu iaitu merah, putih (super white II) dan warna putih mutiara, khas untuk varian TRD Sportivo. Warna daripada model sebelumnya seperti perak metalik dan hitam juga ada ditawarkan. UMW Toyota menyasarkan jualan 26,000 hingga 27,000 unit Vios dalam tempoh masa setahun.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia