X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

'Saya tiada masa untuk berpolitik'

Khairy Jamaluddin
A
A

SEPANG - Desas-desus politik dalaman UMNO yang dilihat berdepan kemelut untuk menyatakan pendirian sama ada untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional atau sebaliknya terus menjadi tanda tanya.

Sehari dua ini, pelbagai kenyataan disuarakan tokoh-tokoh pemimpin dalam UMNO, yang menunjukkan pendirian parti itu dalam isu berkenaan masih belum menemui titik persetujuan.

Malah, beberapa kenyataan sebelum ini yang kononnya memberi gambaran akan berlaku penarikan sokongan oleh Ahli Parlimen parti itu, atau barisan menteri kabinet daripada UMNO, juga seakan-akan tidak disenangi beberapa wakil rakyat parti itu sendiri.

Antaranya termasuk wakil rakyat Rembau, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang jelas enggan melayan persoalan media berhubung isu berkenaan.

"Saya tiada masa berpolitik!" katanya ketika ditanya mengenai perkara itu ketika mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KLIA di sini hari ini.

Sejurus memberi jawapan ringkas itu, beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berlalu pergi tanpa menjelaskan secara konkrit pendiriannya tentang desas-desus tersebut. - Awani

Saya tiada masa untuk berpolitik - Khairy


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!