Kelantan hanya buka lapan PKRC bermula Ogos

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir
Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak lapan buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sahaja yang akan beroperasi bermula Ogos depan berikutan penurunan kes Covid-19 di negeri ini,

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir berkata, sehingga kini sebanyak 10 PKRC masih beroperasi manakala dua lagi yang dijangka ditutup bulan depan ialah Dewan Jubli Perak dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

"Pesakit lelaki akan ditempatkan di PKRC Kompleks Belia Dan Sukan, Panji dan PKRC Gelanggang Seni," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Beliau ditemui di PKRC Kompleks Belia Dan Sukan semasa menerima kunjungan Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi yang hadir mengagihkan 100 ekor ayam kepada petugas barisan hadapan.

Turut hadir, wakil Jukee Ayam, Mohd Rozi Ab Rahim.

Mengulas lanjut, Zurairie memberitahu, sehingga kini penggunaan katil di semua PKRC kini tinggal 50 peratus dan situasi itu berbeza dengan penggunaan maksimum ketika kes meningkat sebelum ini.

Katanya, untuk petugas kesihatan pula, seramai 300 orang masih ditempatkan di PKRC melibatkan 30 petugas setiap satu lokasi.

"Apabila lebih banyak PKRC yang ditutup, ia secara tidak langsung membolehkan kakitangan di hospital kembali bertugas kerana banyak operasi di hospital tergendala berikutan memberi fokus kepada pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di PKRC," katanya.

Artikel Berkaitan: