Lelaki diugut sebar video bogel

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung kes peras ugut terhadap penyebaran video bogel, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa berusia 24 tahun itu membuat panggilan video berdurasi kira-kira empat minit bersama seorang wanita warga asing yang dikenali melalui aplikasi Tantan pada jam 9 malam.

"Dalam panggilan video ini, mangsa dan perempuan tersebut dalam keadaan tidak berpakaian melakukan perbuatan tidak senonoh," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Anuar berkata, setengah jam kemudian, mangsa menerima satu pesanan ringkas memintanya memasukkan wang sebanyak RM3,000 ke dalam satu nombor akaun.

"Jika enggan, video bogelnya akan disebarkan. Mangsa memindahkan wang sebanyak RM500 ke dalam akaun bank tempatan di atas nama seorang lelaki kerana takut ugutan itu.

"Sebarang pertanyaan atau maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222; Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berdekatan," katanya.

Artikel Berkaitan: