X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 26 Mei 2022

Polis kesan waris mayat lelaki ditemui di tasik

Mayat lelaki ditemukan dalam tasik terbiar di kawasan Tanjung Laboh, Senggarang, Batu Pahat, pada 22 Jun lalu.
A
A

BATU PAHAT - Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Batu Pahat sedang mengesan waris kepada mayat lelaki yang dijumpai di sebuah tasik terbiar di kawasan Tanjung Laboh, Senggarang di sini, pada 22 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mayat tersebut ditemukan pada jam 4 petang dan identitinya masih belum diketahui.

"Mangsa mempunyai ketinggian 160 sentimeter dan mempunyai satu skru di tulang peha sebelah kanannya. Lelaki terbabit dipercayai meninggal dunia enam hingga tujuh hari sebelum dijumpai dan berhampirannya terdapat seutas pukat.

"Bangsa dan warganegara, tidak dapat dikenal pasti. Sehingga kini pihak polis masih lagi gagal mengesan waris, majikan ataupun kenalan lelaki berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Justeru katanya, pihak polis memohon kepada ahli keluarga, majikan atau orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, pekerja ataupun kenalan boleh berhubung dengan Sarjan Bahaiah Muhamed di Balai Polis Senggarang menerusi talian 07-4291222.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!