Ahli Parlimen Pasir Mas lancar food bank bantu penduduk terjejas

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli melancarkan 'Food Bank' secara rasmi pada Sabtu dalam usaha membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan sepanjang perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli melancarkan 'Food Bank' secara rasmi pada Sabtu dalam usaha membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan sepanjang perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh.
A
A
A

PASIR MAS - Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari melancarkan food bank secara rasmi pada Sabtu dalam usaha membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan sepanjang perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh.

Ahmad Fadhli berkata, inisiatif itu merupakan idea baharu yang cuba diketengahkan dalam memudahkan penduduk Pasir Mas mendapatkan barangan keperluan secara percuma di Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

"Mana-mana penduduk yang terjejas boleh datang ke pejabat saya untuk mengambil bekalan makanan mengikut keperluan.

"Hal ini kerana saya mahu mereka yang terkesan dapat menikmati kemudahan food bank sebaik mungkin," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, program ini akan diperluaskan ke kawasan-kawasan masjid di parlimen Pasir Mas yang sering menjadi tumpuan orang ramai.

Beliau berkata, selaku Ahli Parlimen Pasir Mas, usaha membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19 akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa.

Ahmad Fadhli berkata, pada masa yang sama golongan berkemampuan turut diajak untuk memperkasakan lagi program ini dengan menghulurkan sumbangan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan dalam pelbagai bentuk bagi memberikan 'kegembiraan' kepada golongan kurang berkemampuan.

Artikel Berkaitan:

"Idea ini (food bank) timbul selepas saya melihat ramai yang terkesan dengan serangan Covid-19.

"Lebih memeritkan lagi mereka tidak tahu tempat hendak dituju bagi mendapatkan bekalan, jadi saya wujudkan food bank supaya mereka boleh hadir ke pejabat Ahli Parlimen Pasir Mas untuk mengambilnya," katanya.