X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Zuraida sedia kerjasama dengan IPD Ampang bantu penduduk terjejas

Zuraida
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ampang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi mengenal pasti dan membantu penduduk yang kekurangan makanan atau berdepan masalah lain berikutan pandemik Covid-19.

Ahli Parlimennya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya menyambut baik kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed sebelum ini yang telah mengarahkan anggotanya untuk mengenal pasti penduduk terjejas dan memerlukan bantuan.

"Maklumat tentang penduduk yang memerlukan bantuan boleh terus disalurkan kepada pusat khidmat kami agar bantuan-bantuan yang tersedia dapat disalurkan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Arjunaidi menerusi sidang akhbar secara dalam talian pada Jumaat berkata, beliau telah mengarahkan anggotanya untuk mengenal pasti penduduk yang terjejas, malah usaha sedemikian akan dipertingkatkan selepas ini bagi membolehkan bantuan dapat segera disampaikan.

Malah, beliau juga menggalakkan mana-mana pihak yang berdepan masalah sedemikian untuk menghubungi balai-balai polis berhampiran.

Selain itu, Arjunaidi berkata, pihaknya sedia memberikan bantuan kewangan, kaunseling dan bantuan lain mengikut kemampuan mereka.

Dalam perkembangan sama, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, usaha yang ditunjukkan itu merupakan bukti bahawa segenap jentera kerajaan kini sedang gigih membantu rakyat dengan mengerah segala sumber yang ada.

"Saya ingin mengulangi komitmen padu dalam mendukung inisiatif ini bagi membantu meringankan beban rakyat ekoran pandemik Covid-19," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!