Permaisuri Johor zahir kerisauan cabaran pendidikan ketika pandemik

Permaisuri Johor pada sesi perbincangan mengenai isu pendidikan bersama Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail dan beberapa pensyarah UTM secara maya. - Foto FB The Royal Johor
Permaisuri Johor pada sesi perbincangan mengenai isu pendidikan bersama Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail dan beberapa pensyarah UTM secara maya. - Foto FB The Royal Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah pada Jumaat menzahirkan kerisauan baginda terhadap cabaran pendidikan semasa pandemik Covid-19, terutamanya kepada pelajar dalam kalangan keluarga B40.

Bertitah pada sesi perbincangan mengenai isu pendidikan bersama Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail dan beberapa pensyarah UTM secara maya, Raja Zarith Sofiah menyatakan kerisauan yang golongan berkenaan akan tercicir, dalam dalam pelajaran mereka.

“Pandemik ini telah menunjukkan betapa sukarnya untuk sektor pendidikan berfungsi tanpa interaksi yang secukupnya, antara pelajar dan guru.

“Tidak semua ibu bapa mampu mendidik anak-anak mereka di rumah melalui PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) atas pelbagai sebab, dan guru-guru juga cukup tertekan dalam mencari penyelesaian kepada isu-isu dalam melaksanakan tugas mereka,” titah baginda dalam kenyataan dimuat naik di Facebook The Royal Johor pada Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan: