Sudah sampai masa Majlis Raja-Raja campur tangan

Rosli Yang Danian
A
A

IPOH - Pertubuhan Harmoni Masyarakat Melayu Perak (Harmonis) mengesyorkan Majlis Raja-Raja supaya campur tangan bagi menangani isu sensitif berkaitan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Presidennya, Datuk Rosli Yang Danian berkata, tindakan berleluasa individu yang menghina Islam secara tidak langsung turut menghina Yang di-Pertuan Agong yang berperanan sebagai Ketua Agama Islam Negara.

“Sudah sampai masanya isu ini dibawa ke pengetahuan Majlis Raja-Raja. Mereka (Raja) dapat memainkan peranan untuk bertindak dengan lebih tegas agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

“Isu ini bukanlah perkara baru dan banyak laporan polis telah dibuat membabitkan ramai individu,” katanya di sini, semalam.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia