6,982 kes baharu, Selangor paling tinggi

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Wabak Covid-19 terus menular di negara ini dengan 6,982 jangkitan baharu dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal negeri tertinggi berlaku pertambahan kes iaitu 2,907 diikuti Negeri Sembilan (606), Johor (517), Sarawak (440).

Selain itu katanya, Pahang mencatatkan sebanyak (329), Kedah (257), Sabah (230), Melaka (202), Perak (182), Labuan (131), Kelantan (129), Putrajaya (20).

Pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 765,949 kes.

"Bagaimanapun, tiada kes baharu direkodkan di Perlis," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, sebanyak 66,084 kes aktif dilaporkan di seluruh negara dengan 905 pesakit dirawat di unit rawatan rapi manakala seramai 443 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, terdapat 73 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya, 5,327 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, kes kematian hari ini (Jumaat) melibatkan 29 kes di Selangor, Negeri Sembilan (13), Kuala Lumpur (lima), Sabah (lima), Johor (tiga), Pahang (tiga), Sarawak (tiga), Labuan (tiga), Kelantan (dua) dan Pulau Pinang (dua).

Artikel Berkaitan:

"Satu kes dilapor di Melaka dan Kedah," katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, kes sembuh mencatatkan 6,278 kes.

"Jumlahnya kumulatifnya ialah 694,538 kes iaitu bersamaan dengan 90.67 peratus daripada keseluruhan kes," katanya.

KKM turut merekodkan pertambahan 17 kluster baharu menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,882 kluster.

Daripada jumlah itu, 2,005 kluster telah diisytiharkan tamat manakala 877 lagi masih aktif.