Israel serang pusat latihan Hamas

Gambar fail menunjukkan serangan udara yang dilancarkan oleh jet tempur rejim Zionis di Gaza pada Jun lalu. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan serangan udara yang dilancarkan oleh jet tempur rejim Zionis di Gaza pada Jun lalu. - Foto AFP
A
A
A

BANDAR GAZA - Israel melancarkan serangan udara di sebuah lokasi latihan milik Hamas di Gaza pada Jumaat sekali gus mencabuli persetujuan gencatan senjata yang dipersetujui pada bulan Mei lalu dengan pengerakan Islam itu.

Satu sumber keselamatan Hamas berkata, tiada kecederaan dilaporkan akibat serangan udara di sebuah lokasi latihan pergerakan terbabit.

Bagaimanapun, menurut kenyataan daripada tentera Israel, jet-jet tempur rejim Zionis melancarkan serangan ke atas sebuah kilang senjata milik pergerakan Islam tersebut.

Menurut tentera rejim Zionis itu, serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap pelepasan belon-belon api dari Gaza yang menyebabkan empat kebakaran berlaku di wilayah selatan negara haram Israel itu.

Namun, setakat ini tidak ada mana-mana kumpulan termasuk Hamas yang mengaku bertanggungjawab melepaskan belon-belon api dari Gaza.

Sebelum ini gencatan senjata dipersetujui oleh rejim Zionis dan Hamas pada bulan Mei lalu selepas kedua-dua pihak terlibat dalam pertempuran selama 11 hari sehingga mengakibatkan lebih 200 penduduk di Gaza terkorban dan banyak bangunan musnah akibat serangan udara rejim Zionis.

Namun, Israel sekali lagi melancarkan serangan udara di Gaza di sebuah lokasi milik Hamas selepas beberapa belon api dilepaskan ke Israel dari wilayah yang diduduki penduuduk Palestin itu pada bulan lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: