Pihak bertelagah di Sudan setuju gencatan senjata tujuh hari

Anggota pasukan keselamatan Sudan yang bergabung dengan tentera berehat di bawah pokok di Khartoum pada Sabtu. - Foto AFP
Anggota pasukan keselamatan Sudan yang bergabung dengan tentera berehat di bawah pokok di Khartoum pada Sabtu. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Gencatan senjata sementara antara pihak yang bertelagah di Sudan berjaya dicapai, menurut Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi -- yang menjadi perantara kesepakatan itu.

Menurut kenyataan Jabatan Negara AS, gencatan senjata tujuh hari itu ditandatangani oleh wakil dari Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF).

Gencatan senjata itu dijadualkan berkuat kuasa pada 9.45 malam waktu tempatan pada Isnin, lapor UPI.

Pihak yang bertelagah turut bersetuju untuk AS dan Arab Saudi dengan sokongan antarabangsa memantau gencatan senjata itu untuk memastikan ia dipatuhi.

AS dan Arab Saudi serta dua pihak yang bertelagah akan menjadi sebahagian daripada jawatankuasa pemantauan. - Bernama-UPI