X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Cubaan seludup 2.45 tan beras siam gagal

Polis merampas 2.45 tan beras siam yang cuba diseludup melalui pangkalan haram di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini pada Rabu.
A
A

RANTAU PANJANG - Cubaan menyeludup 2.45 tan beras siam melalui pangkalan haram di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini gagal apabila bahan mentah itu berjaya dirampas polis pada Rabu.

Rampasan beras itu dilakukan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Rantau Panjang hasil rondaan cegah jenayah oleh anggota dari Balai Polis Jeram Perdah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, serbuan pertama di jalan Kampung Tok Deh membawa kepada rampasan beras seberat 1.275 tan.

Menurut beliau, semasa melakukan rondaan pada 7.30 pagi, sepasukan anggota telah menjumpai sebuah kereta jenis Proton Waja yang berada dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan ke atas kereta yang tidak berkunci itu telah membawa kepada penemuan guni-guni yang ditutup dengan kain berwarna hitam disyaki beras seludup dari negara jiran.

"Kesemua barangan rampasan termasuk kereta dibawa balik ke Balai Jeram Perdah untuk pemeriksaan lanjut," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis..

Mohd Nasaruddin berkata, semasa melakukan rondaan di jalan Kampung Tok Deh, polis telah mengesan sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang dipandu dalam keadaan mencurigakan oleh seorang lelaki berusia 31 tahun.

Katanya, selepas menahan kereta itu polis telah melakukan pemeriksaan dan menjumpai beras seberat 1.175 tan di bahagian belakang kereta tersebut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!