Parkir percuma di bahu jalan sekitar KL mulai esok hingga 31 Ogos

Semua tempat letak kereta bahu jalan dalam kawasan bandar raya Kuala Lumpur tidak akan dikenakan bayaran bermula esok hingga 31 Ogos. - Foto 123RF
Semua tempat letak kereta bahu jalan dalam kawasan bandar raya Kuala Lumpur tidak akan dikenakan bayaran bermula esok hingga 31 Ogos. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemandu kenderaan akan dikecualikan daripada membayar parkir di tempat letak kereta di bahu jalan sekitar ibu kota mulai mulai esok sehingga 31 Ogos, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, inisiatif terbabit bertujuan untuk meringankan beban warga kota.

“Saya bersetuju mulai esok sehingga 31 Ogos, semua tempat letak kereta bahu jalan dalam kawasan bandar raya Kuala Lumpur adalah percuma.

Pengguna tidak perlu bayar apa-apa dan diharap penjimatan itu dapat digunakan untuk membeli barang keperluan keluarga,” katanya menerusi hantaran di Twitter rasminya hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: