X

Kindly register in order to view this article
!

Program Outreach Covid-19 bantu penduduk pedalaman terima vaksin

Dr Ahmad Faris (kanan) sempat memeriksa borang yang dibawa penerima yang mendaftar untuk vaksinasi di Klinik Gual Ipoh di Tanah Merah pada Khamis.
A
A

TANAH MERAH - [DIKEMASKINI] Pembukaan dua Program Outreach Covid-19 di Klinik Gual Ipoh dan Masjid Mukim Batu Gajah dijangka memudahkan lagi penduduk di dua kampung berkenaan untuk keluar mendapatkan suntikan vaksin.

Pegawai Kesihatan Daerah Tanah Merah, Dr Ahmad Faris Awang berkata, sehingga kini, pihaknya menyuntik 200 orang sehari melibatkan dua outreach berkenaan, tidak termasuk yang menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam di daerah itu.

"Sebelum ini PPV Institut Kemahiran Belia Negeri (IKBN) dan Dewan Felda Kemahang boleh mencecah 800 suntikan sehari dan dengan tambahan dua program outreach ini, kita boleh cucuk sampai 1,000 dos sehari.

"Jumlah tersebut akan bertambah dari masa ke masa berpandukan jumlah bekalan vaksin yang disediakan kepada setiap lokasi berkenaan. Ia belum lagi melibatkan mereka yang akan menerima suntikan dos kedua dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau mengiringi Timbalan Pengerusi Rehda Kelantan, Datuk Samsuri Awang Mat yang turun padang meninjau Program Outreach di Klinik Kesihatan Gual Ipoh, di sini.

Ahmad berkata, penduduk di daerah berkenaan dinasihatkan tidak mengamalkan sikap tunggu dan lihat untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi masing-masing.

Katanya, sikap sedemikian akan melambatkan proses yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan cepat, selain mengundang pelbagai risiko jika terdedah dengan pandemik Covid-19.

"Alhamdulilah kesedaran masyarakat kini makin baik dan dengan bantuan pelbagai pihak, ia memudahkan lagi pihak kami untuk membuat panggilan kepada mereka yang mahu menerima vaksinasi," katanya.

Ahmad turut memberitahu, pihaknya juga mempunyai senarai menunggu bagi memastikan mereka yang tidak dapat hadir diganti terus supaya tidak berlaku pembaziran giliran dan sebagainya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!