Switzerland mahu jadikan Sepanyol mangsa seterusnya

Granit Xhaka
Granit Xhaka
A
A
A

SWITZERLAND telah melakar sejarah bola sepak mereka tersendiri apabila menewaskan Perancis untuk mara ke peringkat suku akhir Euro 2020 pada Selasa.

Mereka dijadualkan bertemu Sepanyol pada 3 Julai ini di peringkat suku akhir dan percaya mampu untuk sekali lagi mencipta kejutan ke atas pasukan La Roja sekali gus mara ke saingan separuh akhir.

Bagi pemain tengah Switzerland, Granit Xhaka, Sepanyol bukanlah pasukan asing kepada Switzerland dengan pernah beberapa kali menentang skuad kendalian Luis Enrique itu.

"Kami mengenali mereka kerana kami pernah menentang pasukan itu beberapa bulan lalu.

"Namun, kami memerlukan karakter dan semangat berjuang yang sama ketika kami menewaskan Perancis," katanya.

Bagaimanapun, jika dinilai kepada rekod pertemuan, Switzerland bakal menghadapi masalah besar ketika bertemu Sepanyol itu terutama dalam kejohanan besar seperti Euro.

Switzerland hanya mampu menang sekali dalam 22 pertemuan menentang juara tiga kali Euro itu iaitu ketika peringkat kumpulan Piala Dunia 2010, manakala bakinya menyaksikan mereka seri lima kali dan kalah 16 kali.

Dua pertemuan terakhir pada Piala Negara-negara UEFA menyaksikan mereka tewas 0-1 di Sepanyol pada 11 Oktober dan seri 1-1 ketika di laman sendiri pada 15 November tahun lalu.

Artikel Berkaitan: