Hanya 1 penderma organ di Kelantan dalam tempoh 22 tahun

Dr Zaini (tiga, kiri) merasmikan Majlis Sambutan Hari Derma Organ 2019 peringkat negeri di Hospital Kuala Krai.
Dr Zaini (tiga, kiri) merasmikan Majlis Sambutan Hari Derma Organ 2019 peringkat negeri di Hospital Kuala Krai.
A
A
A
KUALA KRAI - Jabatan Kesihatan Kelantan merekodkan hanya seorang penderma organ dan tisu di negeri ini tampil menderma untuk membantu pesakit kegagalan organ kronik dalam tempoh 22 tahun.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata, kes pada tahun 2006 itu melibatkan remaja Cina di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

"Kita masih menanti penderma organ dari Kelantan selepas 2006 tidak ada lagi yang tampil menderma.

"Pengikrar berhasrat menderma di Kelantan begitu ramai tetapi persepsi pendermaan organ menyeksa mayat di samping melambatkan urusan pengkebumian jenazah menjadikan Malaysia negara terendah dalam pendermaan organ," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Derma Organ 2019 peringkat negeri yang bertemakan Derma Organ Anugerah Kehidupan di Hospital Kuala Krai.

Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukti Mohmmad; Pengerusi Top Team Derma Organ, Dr Maizun Mohamed Zain dan Pengarah Hospital Kuala Krai, Dr Mohd Salleh Mat Jusoh.

Dr Zaini berkata, terdapat seramai 10, 263 pengikrar yang berdaftar di Kelantan sejak 2007 hingga tahun lalu.

"Kementerian Kesihatan mempromosikan program pendermaan bagi memastikan kesedaran pendermaan organ meningkat.

"Selain daripada itu penderma organ turut diberikan keistimewaan pengecualian bayaran bil hospital kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pada tahun 1970, Jawatankuasa Jabatan Fatwa Kebangsaan memutuskan pendermaan organ oleh masyarakat Islam adalah harus.