X

Kindly register in order to view this article
!

Satu dos vaksin beri perlindungan 33 peratus terhadap varian Delta

Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

SHAH ALAM - Satu dos vaksin Pfizer-BioNTech atau AstraZeneca hanya memberikan perlindungan sekitar 33 peratus terhadap gejala jangkitan Covid-19 melibatkan varian Delta, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, ujar beliau, dua dos vaksin memberikan perlindungan antara 88 peratus bagi Pfizer-BioNTech dan 60 peratus bagi AstraZeneca terhadap varian tersebut.

“Satu dos vaksin Pfizer-BioNTech atau AstraZeneca hanya memberikan perlindungan sekitar 33 peratus terhadap gejala dari varian Delta, dua dos memberikan perlindungan antara 88 peratus (Pfizer-BioNTech) dan 60 peratus (AstraZeneca) terhadap simptom varian tersebut,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Rabu.

Pada Mei lalu, varian itu pertama kali muncul di India dan pantas merebak ke seluruh dunia. Sebanyak 77 negara dunia telah terjejas dengan varian itu termasuk di United Kingdom (UK).

Pada 15 Jun, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengkategorikan varian Delta sebagai Varian Yang Membimbangkan (VOC) kerana lebih mudah menular dan memberi kesan lebih serius.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!