Video pencuri panjat bumbung bukan kes di Subang Jaya

Tular video memaparkan suspek (kiri) menggunakan parang dan mengancam seorang lelaki yang mahu menangkapnya.
Tular video memaparkan suspek (kiri) menggunakan parang dan mengancam seorang lelaki yang mahu menangkapnya.
A
A
A

AUTA

SUBANG JAYA - Tular video memaparkan kejadian pencuri memanjat bumbung sebuah kediaman yang dikatakan bukan di Putra Height Subang Jaya di sini.

Video berkenaan memaparkan seorang lelaki dipercayai pencuri mengeluarkan objek seperti parang dan mengancam seorang lelaki yang mahu menangkapnya.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman menafikan kejadian berkenaan berlaku di daerah ini.

“Saya juga berjumpa dengan Jawatankuasa penduduk Zon 7 iaitu di kawasan Putra Heights. Kejadian ini tidak berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

FAKTA

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai dilaporkan berkata, kejadian berlaku di Jalan Hup Kee pada Jumaat lalu selepas penggera keselamatan rumah berkenaan berbunyi.

Sistem yang disambung terus ke telefon bimbit pemilik rumah yang kemudian menghubungi jirannya untuk bantuan namun apabila beberapa orang jiran cuba untuk menangkap suspek, suspek terus memanjat ke atas bumbung rumah.

Artikel Berkaitan:

Suspek bertindak melompat ke bawah tetapi percubaannya untuk melarikan diri gagal apabila orang ramai berjaya menangkapnya dan menyerahkannya kepada polis.