emart24 dari Korea ke Malaysia

Selain makanan, pelanggan emart24 juga dapat menikmati beraneka pilihan kosmetik, penjagaan diri serta wangian.
Selain makanan, pelanggan emart24 juga dapat menikmati beraneka pilihan kosmetik, penjagaan diri serta wangian.
A
A
A

KEDAI serbaneka paling pantas berkembang di Korea Selatan, emart24 kini melebarkan sayap ke Malaysia apabila telah membuka cawangan pertama secara rasmi di Bangsar Selatan pada Selasa minggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif emart24 Malaysia, Vuitton Pang Hee Cheah berkata, emart24 Malaysia teruja untuk berkongsi pengalaman dilalui pelanggan emart24 Korea Selatan bersama pelanggan di negara ini selain mentakrif semula persepsi ramai terhadap pengalaman di kedai serbaneka.

Katanya, selain menawarkan pilihan makanan jalanan eksklusif Korea Selatan serta rangkaian kecantikan K-Beauty kepada pelanggan tempatan, pihaknya juga amat berbesar hati kerana dapat mewujudkan peluang pekerjaan dalam komuniti setempat.

“emart24 menawarkan makanan jalanan Korea Selatan yang segar, kopi harum, makanan ringan Korea eksklusif daripada label tersendiri iaitu ‘I’m e’ dan ‘No Brand’.