X

Kindly register in order to view this article
!

Enam lelaki warga asing diberkas pecah pejabat

Antara barangan yang dirampas.
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai enam lelaki warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah pejabat di Kuchai Enterpreneurs Park di Brickfields di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya telah menangkap seorang lelaki berdasarkan rakaman analisis kamera litar tertutup (CCTV) kes itu pada jam 7 malam.

"Kita menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dalam keadaan mencurigakan berdekatan pondok pengawal di sebuah kondominium sekitar kawasan Kuchai Enterpreneurs Park," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Anuar berkata, lelaki itu kemudian telah membawa pihak polis ke sebuah rumah di dalam kondominium berkenaan.

"Kita mendapati lima lelaki berusia 25 hingga 37 tahun sedang berada di ruang tamu rumah berkenaan.

"Siasatan awal, mendapati empat daripada lima lelaki itu mengaku telah melakukan kes pecah pejabat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk melakukan jenayah.

"Kita turut merampas telefon bimbit pelbagai jenama dan satu bil elektrik bertarikh 18 Jun," katanya.

Anuar berkata, kesemua suspek ditahan reman sehingga 12 Julai bagi membantu siasatan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!