Simon hero sebenar La Roja

Pemain Sepanyol meraikan kejayaan ke suku akhir bersama penyokong setelah tamat aksi kalah mati berdepan Croatia pada Selasa.
Pemain Sepanyol meraikan kejayaan ke suku akhir bersama penyokong setelah tamat aksi kalah mati berdepan Croatia pada Selasa.
A
A
A

PENJAGA gol Sepanyol, Unai Simon selayaknya dilabel ‘hero’ bagi skuad La Roja pada aksi kalah mati Euro 2020 berdepan Croatia di Stadium Parken, Copenhagen pada Selasa.

Perkara itu ditegaskan rakan sepasukannya, Mikel Oyarzabal yang turut berbangga dengan aksi dipamerkan penjaga gol berusia 24 tahun itu bagi menafikan beberapa percubaan jentera serangan Croatia di sepanjang perlawanan.

Menurut Oyarzabal, biarpun melakukan kesilapan pada awal perlawanan, namun Simon bangkit mempamerkan ketangkasannya bagi mengawal gawang skuad La Roja itu di sepanjang perlawanan.

“Kesilapan adalah sebahagian daripada bola sepak dan apabila ia (kesilapan) dilakukan oleh seorang penjaga gol, kesilapan itu akan lebih diingati.

“Bagaimanapun, Simon dilihat berjaya menangani perkara itu dan beraksi dengan lebih baik untuk memastikan pintu gol Sepanyol tidak mudah dibolosi lagi.

“Oleh itu tidak salah untuk melabelnya sebagai ‘hero’ bagi perlawanan ini dan diharapkan ia berterusan selepas ini,” katanya.

Aksi kalah mati berkenaan, Simon gagal menampan kemas hantaran ke belakang oleh pemain tengah, Pedri pada minit ke-20 dan menyaksikan bola terus menerjah jaring untuk ‘menghadiah’kan gol pembukaan buat Croatia.

Bagaimanapun skuad La Roja itu bangkit menerusi jaringan Pablo Sarabia pada minit ke-38, Cesar Azpilicueta (min-57), Ferran Torres (min-76) sebelum Mislav Orsic merapatkan jurang pada minit ke-85 dan Mario Pasalic menyamakan kedudukan pada masa kecederaan bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Artikel Berkaitan:

Pada masa tambahan, Croatia hampir menjaringkan gol keempat tetapi kali ini Simon dilihat lebih tangkas menafikan rembatan Andrej Kramaric pada minit-minit awal masa tambahan yang sekali gus dilihat memberikan semangat kepada Alvaro Morata untuk menjaringkan gol ketiga Sepanyol pada minit ke-100 sebelum Oyarzabal meledak gol keempat pada minit ke-103 bagi mengesahkan kemenangan.

Sementara itu seorang lagi pemain Sepanyol, Sergio Busquets turut kagum dengan semangat dipamerkan Simon yang dilihat sebagai faktor utama yang mendorong kejayaan skuad La Roja itu ke suku akhir.

“Perkara sepertri ini sering berlaku dalam bola sepak. Namun apa yang penting adalah bagaimana untuk meyakinkan diri sendiri dengan mental yang kuat.

“Bagi saya Simon dan kesebelasan pemain telah melakukan kedua-duanya kali ini dan mereka berjaya,” katanya.