X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Lebih 3.9 juta penduduk dunia terkorban

Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 181,372,836 kes Covid-19 dan 3,928,377 kematian. Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Berikut adalah maklumat terkini mengenai Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia setakat jam 10 pagi Selasa.

Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 181,372,836 kes Covid-19 dan 3,928,377 kematian.

Sejumlah 2,952,166,725 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia setakat ini.

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi.

Bagaimanapun, AS, United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain melaporkan penurunan dalam kes dan kematian baharu seiring peningkatan jumlah vaksinasi.

Indonesia kini mencatatkan peningkatan kes baharu dan berusaha meningkatkan program vaksinasi.

Pada 28 Jun, Malaysia menyaksikan 7,593,179 dos vaksin telah disuntik, daripada jumlah itu sebanyak 197,274 dos diberikan pada tarikh berkenaan. Sebanyak 5,463,128 orang menerima dos pertama dan 2,130,051 sudah disuntik dos kedua. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!