Pakej bantuan perlu sampai kepada sasaran, bukan hiasan

Presiden MHA, Micheal Poh (berdiri tengah) menunjukkan amalan SOP ketat dipraktikkan setiap pusat dandanan rambut sepanjang beroperasi pada PKP Bersyarat pada Jun tahun lalu.
Presiden MHA, Micheal Poh (berdiri tengah) menunjukkan amalan SOP ketat dipraktikkan setiap pusat dandanan rambut sepanjang beroperasi pada PKP Bersyarat pada Jun tahun lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Pendandan Rambut Malaysia (MHA) berharap pengumuman bantuan kerajaan kepada golongan peniaga terutamanya usahawan kecil sampai kepada golongan sasar dan bukan sekadar perutusan semata-mata.

Presiden MHA, Micheal Poh berkata, pakej bantuan rangsangan ekonomi untuk golongan peniaga mikro bukan diklasifikasikan sektor kritikal ibarat sebagai ‘nampak cantik, tetapi tidak boleh pegang’.

Jelas beliau, sehingga kini, sejumlah 30 peratus daripada keseluruhan 2,820 ahli MHA yang merupakan gabungan lapan persatuan penggunting dan pendandan rambut seluruh negara, sudah gulung tikar disebabkan gagal mendapat bantuan kewangan sewajarnya.

“Apabila kerajaan memutuskan industri gunting dan dandanan rambut tidak tergolong sektor perlu, kebanyakan pengusaha kedai gunting rambut dan salon dandanan tidak dapat menampung kos pembiayaan sewa premis dan gaji pekerja secara bulanan.

“Hal ini disebabkan kami langsung tidak dibenarkan beroperasi, walaupun industri kami terbukti langsung tidak pernah mencetuskan kluster Covid-19 kerana mengamalkan SOP sangat ketat.

Micheal Poh
Micheal Poh

“Lebih parah, bila ahli-ahli kami hendak mohon pinjaman dan bantuan kewangan daripada agensi kewangan kerajaan serta bank-bank, permohonan kami ditolak mentah-mentah atas alasan rekod aliran tunai tidak baik dan laporan kredit tidak memuaskan.

“Persoalannya, pada saat sukar kami tidak dibenarkan berniaga sepanjang krisis Covid-19, bagaimana kami hendak mengekalkan laporan prestasi kewangan tahunan yang baik?” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Lebih menyedihkan, Michael mendedahkan ramai pengusaha salon dan kedai gunting rambut yang berada dalam keadaan tekanan emosi sehingga pernah terlintas untuk mengambil nyawa sendiri dan berhijrah ke Singapura.

Dalam pada itu, terbaru pada petang Isnin, kerajaan membuat pengumuman yang boleh melegakan sedikit sektor perniagaan terutamanya pemain industri kecil dan sederhana.

Menerusi Geran Khas Prihatin (GKP 4.0), lebih 1 juta usahawan akan mendapat bantuan tambahan sebanyak RM1,000.

ARTIKEL BERKAITAN: 200 farmasi ‘gulung tikar’ kerana kurang pelanggan

Ramai ‘barber’ terjerat pinjaman ah long