Berpuluh farmasi terjejas kerana kurang pelanggan

Walaupun sektor farmasi dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kekurangan pelanggan terutamanya ketika total lockdown menyebabkan lebih 200 farmasi di seluruh negara terpaksa ditutup.- Gambar hiasan Bernama. Gambar kecil: Amrahi Buang
Walaupun sektor farmasi dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kekurangan pelanggan terutamanya ketika total lockdown menyebabkan lebih 200 farmasi di seluruh negara terpaksa ditutup.- Gambar hiasan Bernama. Gambar kecil: Amrahi Buang
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang mendedahkan, walaupun sektor farmasi dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kekurangan pelanggan terutamanya ketika total lockdown menyebabkan lebih berpuluh-puluh farmasi di seluruh negara terpaksa ditutup.

Amrahi yang juga Ahli Jawatankuasa Bertindak Peniaga-Peniaga Mikro Malaysia berkata, sikap kerajaan yang lambat bertindak menghampakan lebih 50,000 pemilik perniagaan mikro berasaskan komuniti yang jelas amat memerlukan bantuan pada saat genting kesan pelaksanaan total lockdwon.

“Saya bimbang sekiranya situasi PKP ini berlarutan perkhidmatan farmasi akan dimonopoli syarikat rantaian besar yang akan 'menelan' farmasi-farmasi kecil,” katanya.

Tambah Amrahi, pihaknya memang berterima kasih apabila kerajaan akhirnya membuat pengumuman moratorium automatik untuk peminjam individu dan usahawan pada Isnin.

Bagaimanapun beliau berharap kerajaan dapat meminta pihak bank memberi kelonggaran kepada usahawan membuat permohonan pinjaman bagi memastikan premis mereka terus ‘bernyawa’.

“Apa yang diperlukan golongan peniaga mikro sekarang adalah bantuan kewangan bagi membolehkan mereka sekadar bertahan pada saat sukar, bukan lebih daripada itu,” katanya.

Dalam pada itu, Amrahi mencadangkan Kementerian Kewangan mewujudkan satu jawatankuasa khas bersama komuniti perniagaan bagi membolehkan suara dan cadangan mereka didengari dan dipertimbangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ‘barber’ terjerat pinjaman ah long

Artikel Berkaitan:

Pakej bantuan perlu sampai kepada sasaran, bukan hiasan