Hampir 4 juta pesakit Covid-19 terkorban di seluruh dunia

Petugas pasukan pengurusan jenazah Unit Kecil Perkuburan Taman Selatan Putrajaya membantu seorang ahli keluarga jenazah pesakit Covid-19 meletakkan batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan Putrajaya. - Foto Bernama
Petugas pasukan pengurusan jenazah Unit Kecil Perkuburan Taman Selatan Putrajaya membantu seorang ahli keluarga jenazah pesakit Covid-19 meletakkan batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan Putrajaya. - Foto Bernama
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 180.948 juta.

Ini berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.624 juta kes manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

United Kingdom, Argentina dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melepasi 2 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.39 juta.

Malaysia mencatat lebih 730,000 kes, manakala Thailand dan Singapura masing masing merekodkan lebih 240,000 dan lebih 62,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini menghampiri angka 4 juta.

Artikel Berkaitan:

Ia berikutan ribuan kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Angka kematian global disebabkan virus itu kini melebihi 3.919 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 603 ribu kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 512,000 kes, India lebih 395,000 kes, Mexico lebih 232,000 kes.

Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 80,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 57,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 24,000 diikuti Malaysia.

Thailand dengan hampir 2,000 angka korban. - Awani