X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Pemilihan parti patut dibuat lebih awal: Shahidan

Pemilihan parti UMNO ditangguhkan selama 18 bulan sehingga awal 2023. Gambar kecil: Shahidan
A
A

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau akur dengan keputusan pemilihan parti UMNO ditangguhkan selama 18 bulan sehingga awal 2023.

Bagaimanapun, beliau masih beranggapan pemilihan parti sewajarnya dibuat lebih awal bagi membolehkan masalah berbangkit dalam UMNO terutamanya krisis kepimpinan dapat diselesaikan.

“Pada pandangan kami di peringkat bahagian kalau sekiranya masalah Covid-19 ini dapat diselesaikan, maka kita boleh buat (pemilihan) lebih awal.

“Kalau kita boleh minta Parlimen bersidang lebih awal, saya rasa pemilihan parti juga boleh diminta awal,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, Shahidan menambah, pemilihan parti sewajarnya diadakan di semua peringkat kerana UMNO mempunyai krisis berhubung kepimpinan.

Sementara itu, Shahidan turut mengulas mengenai pandangan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa mana-mana pihak yang tidak menyokong keputusan MKT tidak dicalonkan dalam pilihan raya akan datang.

“Saya setuju pandangan Najib, siapa yang tidak mengikut keputusan parti hendaklah tidak dicalonkan dalam pilihan raya atau orang jangan menyokong.

“Pada masa sekarang ini, saya ialah orang yang patuh kepada keputusan parti. Keputusan parti ialah sokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sampai pilihan raya dan ‘No Anwar, No DAP’.

“Tapi ada dalam kalangan ahli Parlimen, Najib tahu siapa tidak mengikut keputusan parti,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!