Pengsan bukan kerana vaksin, tetapi harga durian

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

MERAK Jalanan tertanya-tanya juga siapalah yang sebarkan berita palsu mengatakan orang yang mengambil vaksin tidak boleh makan durian kerana boleh menyebabkan kematian.

Disebabkan itu, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengatakan bahawa tiada dalam amalan perubatan menyatakan makan durian sebelum dan selepas mengambil vaksin akan memberi kesan kepada kesihatan.

Polis pun dah jelaskan lebih awal kes lelaki berusia 49 tahun yang maut di Kuala Lumpur selepas mengambil vaksin beberapa hari lalu adalah disebabkan serangan jantung dan bukannya kerana makan durian.

Pada pandangan Merak Jalanan, makan durian sebelum atau selepas dicucuk vaksin tidak berbahaya tetapi yang membuat ramai boleh kena ‘serangan jantung’ ialah harga durian itu sendiri.

Bayangkan dalam keadaan ekonomi dunia yang merudum, inflasi, semua sektor terjejas, ada yang hilang kerja, hotel banyak yang bungkus, industri penerbangan ibarat nyawa di hujung tanduk tetapi harga durian tetap berdiri megah di kayangan.

PKP penuh atau separuh atau apa sahaja sekatan, harga durian tetap sama seperti sebelum Covid-19.

Harga emas pun ada turun naiknya tetapi harga durian tanpa menoleh ke belakang terus meroket tinggi.

Misalnya harga durian duri hitam yang dijual daripada pekebun kepada peraih ialah RM78 sekilogram, Musang King RM47/kg, Hor Lor (RM30/kg), IOI (RM24/kg) dan durian kampung (RM12/kg).

Artikel Berkaitan:

Itu harga pekebun kepada peraih dan bukan harga peraih kepada pembeli. Jadi nak tahu harga pasaran bolehlah tinjau di kawasan sekeliling sememangnya sudah banyak durian dijual di tepi-tepi jalan.

Tapi apakan daya selagi ada permintaan, selagi itu harga durian akan terus kekal menjadi makanan mewah di Malaysia.