Sila log masuk terlebih dahulu.

Cekup PATI di ladang kelapa sawit

Batalion 6 PGA menahan 15 PATI warga Indonesia di kawasan ladang kelapa sawit di Tanjung Rhu, Sepang pada Sabtu.
Batalion 6 PGA menahan 15 PATI warga Indonesia di kawasan ladang kelapa sawit di Tanjung Rhu, Sepang pada Sabtu.
A
A
A

SEPANG - Cubaan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyusup masuk melalui jalan laut berjaya digagalkan selepas ditahan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Rhu, Sungai Pelek di sini pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rozasin Ramlan berkata, kesemua PATI terdiri daripada dua lelaki dan 13 wanita itu ditahan kira-kira jam 6 pagi.

"Siasatan mendapati kesemua PATI Indonesia itu baru mendarat di pesisir Pantai Sungai Manggis dan masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan dengan menggunakan bot.

"Kita turut merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Rozasin, pihaknya percaya PATI itu diuruskan tekong laut Indonesia sebelum berurusan dengan tekong darat tempatan bagi memudahkan kemasukan mereka.

Katanya, kesemua tangkapan dibawa ke Balai Polis Sungai Pelek untuk disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Rozasin turut menyeru masyarakat supaya memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada polis bagi mengekang aktiviti kemasukan dan keluar PATI menggunakan jalan yang tidak diwartakan.

Artikel Berkaitan: