Ahli perniagaan Malaysia ditemui mati dalam kereta di Thailand

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BANGKOK - Seorang ahli perniagaan dari Malaysia dijumpai mati dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran sebuah kuil di Bang Phli di wilayah Samut Prakan.

Timbalan ketua penyiasat balai polis Bang Phli Pol, Kapten Pongnarin Nontanok berkata, mayat lelaki berusia 43 tahun itu dijumpai di tempat duduk pemandu dengan keadaan enjin masih hidup.

Katanya, penduduk tempatan menghubungi polis pada petang Jumaat.

"Polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

"Polis turut menjumpai arang yang sudah terbakar di dalam kereta berkenaan.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Tambah beliau, isteri mangsa membuat laporan di balai polis Bang Phli pada Jumaat pagi berhubung kehilangan suaminya.

Media tempatan melaporkan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sekurang-kurangnya tujuh atau lapan jam sebelum mayatnya ditemui.

Artikel Berkaitan:

Penduduk tempatan menghubungi polis selepas mendapati kereta itu berada di kawasan tempat letak kereta berhampiran kuil berkenaan sejak malam Khamis. - Bernama