X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Sabah harap urus sendiri projek pembangunan persekutuan

Bung Moktar
A
A

SANDAKAN - Kerajaan persekutuan diharap memberikan ruang kepada kerajaan Sabah untuk mengurus sendiri projek pembangunan persekutuan di negeri itu bagi memastikan projek terlibat berjalan lancar.

Hasrat itu dinyatakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah juga mempunyai ramai jurutera berpengalaman dalam bidang teknikal untuk mengendalikan projek seperti yang dilaksanakan oleh JKR peringkat persekutuan, selain lebih arif dengan isu tempatan.

“Kita (JKR Sabah) minta diberi pengiktirafan di Sabah sebagai agensi yang berkelayakan untuk menjaga apa juga bentuk projek sama ada projek persekutuan mahupun projek negeri. Kita cukup jentera, kita cukup tenaga,” katanya kepada pemberita selepas melawat Terminal Bas Bersepadu Sandakan di sini pada Sabtu.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata demikian sebagai mengulas kejadian sebuah baj membawa muatan bahan binaan, difahamkan bagi projek Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Tantai Timur Sabah (ESSCom), melanggar dan merosakkan terumbu karang di Pulau Mabul, Semporna pada Jumaat.

Mengenai terminal bas itu, Bung Moktar berkata, beliau telah meminta Majlis Perbandaran Sandakan mengemukakan laporan mengenai sebab terminal itu yang siap pada tahun 2017 belum boleh beroperasi dan cadangan agar terminal berkenaan boleh digunakan.

“Terminal bas ini belum lagi diguna pakai sebab ada mendapan tanah 160 meter. Saya beri tempoh hingga pertengahan bulan depan (Julai) beri laporan (daripada MPS) kerana projek ini bernilai jutaan ringgit dan merupakan satu pembaziran kepada pembangunan Sandakan jika tidak boleh digunakan,” katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!