X

Kindly register in order to view this article
!

LTSAAS: Syed Saddiq dituntut mohon maaf kepada Muhyiddin

Syed Saddiq, Muhyiddin
A
A

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dituntut memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tuduhannya mengenai kerajaan mahu menjual Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tuduhan Syed Saddiq menerusi sebuah video mencemar nama baik Muhyiddin dan semua pembuat keputusan dalam hal berkenaan.

“Lapangan Terbang Subang dimiliki oleh kerajaan Malaysia seperti banyak lapangan terbang lain dalam negara.

“Tidak pernah ada satu pengumuman pun dibuat yang memaklumkan kerajaan ‘nak jual Lapangan Terbang Subang sampai tahun 2092’ seperti yang dituduh oleh Syed Saddiq.

“Hari ini kerajaan telah umumkan dengan jelas bahawa kerajaan tiada rancangan untuk menjual hartanah Lapangan Terbang Subang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Syed Saddiq sebelum ini dilaporkan berkata, cadangan projek pengambilalihan LTSAAS Subang oleh sebuah syarikat wajar ditolak kerana didakwa tidak melalui proses yang telus berkaitan aset negara.

Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak meneliti 'LTSAAS Subang Regeneration Plan’ sebaliknya bertegas dengan projek pengambilalihan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq selar tindakan PN cuba pajak, jual LTSAAS

Kerajaan tiada perancangan jual LTSAAS

Mengulas lanjut, Wan Saiful menempelak Syed Saddiq sambil menyatakan bekas Menteri Belia dan Sukan itu telah belajar untuk memfitnah dan berbohong dengan menuduh kerajaan mahu menjual Lapangan Terbang Subang kepada ‘tauke’ WCT Holdings Bhd.

“Kalau tidak ada bukti, minta maaf dan jangan ulangi fitnah ini. Syed Saddiq, nak mencari populariti boleh.

“Saya tahu YB Syed Saddiq memang pandai dalam teknik populis. Tapi janganlah membawa fitnah. Politik baru mesti bebas fitnah,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!