X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan tiada perancangan jual LTSAAS

Menurut MOF, hartanah lapangan terbang adalah dianggap sebagai aset strategik kerajaan. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak berhasrat menjual Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) kepada mana-mana pihak sekali gus menolak spekulasi yang kini hangat diperkatakan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan, hartanah lapangan terbang merupakan aset strategik kerajaan.

"MOF ingin memaklumkan bahawa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) masih memiliki pajakan selama 60 tahun iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah yang terletaknya LTSAAS buat masa ini," katanya pada Jumaat.

Kementerian itu turut memberitahu, LTSAAS merupakan salah satu daripada 39 lapangan terbang di bawah kendalian MAHB selaras dengan perjanjian operasi di antara kerajaan dan MAHB yang dimeterai pada tahun 2009.

"MAHB bukan pemilik mana-mana hartanah lapangan terbang tersebut. Setakat ini, MAHB masih merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan aset sekitar LTSAAS," katanya.

MOF berkata, sebahagian tanah LTSAAS juga telah dipajakkan oleh MAHB kepada Subang Skypark Sdn Bhd bagi tempoh 30 tahun iaitu 2007 hingga 2037, merangkumi pengendalian Terminal 3, tempat letak kereta dan hangarage.

"Sebarang usaha untuk memaksimumkan nilai aset LTSAAS tidak akan melibatkan penjualan hartanah," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, kementerian ingin menasihatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan berita palsu dan khabar angin mengenai perkara ini.

"Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pihak yang berbuat demikian," kata kenyataan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan benarkan pihak lain ambil alih LTSAAS: Pengerusi MAHB

Syed Saddiq selar tindakan PN cuba pajak, jual LTSAAS


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!