Terpaksa keluar malam cari 'line' siapkan tugasan

Nur Kamilia menunjukkan simkad percuma yang diperolehi namun tidak dapat digunakan kerana berdepan masalah internet di kampung mereka.
Nur Kamilia menunjukkan simkad percuma yang diperolehi namun tidak dapat digunakan kerana berdepan masalah internet di kampung mereka.
A
A
A

YAN - Dua beradik tetap gigih mengikuti kuliah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian walaupun capaian internet yang tidak memuaskan di kawasan kediaman mereka di Kampung Setol di sini.

Pelajar tahun akhir Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (IPGKDA), Nur Kamilia Mohd Kassim, 23, dan adiknya, pelajar semester keempat Ijazah Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Khairina, 21, terpaksa keluar mencari lokasi strategik seperti masjid atau jalan utama untuk menjawab soalan ujian atau menghantar tugasan.

Nur Kamilia mengakui mengalami sukar menyertai perbincangan menerusi aplikasi Google Meet atau kuliah dalam talian.

"Capaian internet okay pada waktu malam tetapi kami perlu keluar ke masjid atau jalan besar dan duduk di dalam kereta bagi mengumpul dan menyelesaikan tugasan," katanya kepada Sinar Harian.

Nur Khairina juga bimbang setiap kali menerima tugasan daripada pensyarah kerana mereka akan berada dalam kereta sehingga tengah malam untuk menunggu kelajuan internet.

NUR KHAIRINA
NUR KHAIRINA

"Kalau ada sesuatu tugasan, memang tak tidur malam, kadang-kadang seminggu berjaga setiap malam semata-mata keluar mencari internet, kumpul bahan, siapkan laporan dan hantar," katanya.

Menurutnya, bantuan kad sim percuma daripada kerajaan untuk golongan B40 telah diterima tetapi tidak dapat membantu kerana kegagalan mendapatkan capaian internet di rumah.

Artikel Berkaitan:

Dia memuji hasrat kerajaan yang mahu membantu pelajar tetapi mereka di kawasan kampung yang tidak mempunyai capaian internet tetap menghadapi masalah.

Ibu mereka, Umi Kalsom Hashim, 60 berkata, dia berkorban masa menemani dua anak gadisnya setiap kali mereka mahu keluar 'mencari' internet kerana bimbang keselamatan mereka.

Umi Kalsom berkata, dia dan suami akan bergilir-gilir menemani anak mereka supaya dapat menyiapkan tugasan yang dikehendaki pensyarah dalam tempoh yang ditetapkan.

"Saya mesti ikut, kerana mereka buat kerja kadang-kadang sampai tengah malam. Saya bimbang jika mereka terserempak dengan polis kerana dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak boleh keluar rumah selepas 8 malam.

Menurutnya, dan hantar pada pensyarah mereka, kalau saya tak dapat teman, abah mereka pula yang akan hantar," katanya.