Ruang awam untuk masyarakat

Pelbagai isu ruang awam timbul di negara ini melibatkan ruang awam. Gambar kecil dari kiri: Azran, Hafizudin
Pelbagai isu ruang awam timbul di negara ini melibatkan ruang awam. Gambar kecil dari kiri: Azran, Hafizudin
A
A
A

SEJAK pandemik Covid-19 melanda Malaysia, keperluan jarak sosial amat dititikberatkan. Kepentingan jarak dan keperluan ruang antara manusia merupakan asas kepada kehidupan harian bermasyarakat.

Cukuplah kita mengharungi kesesakan jalan raya selebar mana pun jalan dibina, namun bagaimana pula kelebaran ruang bagi laluan orang awam dan juga penempatan serta sekeliling perumahan dan kejiranan di mana aktiviti beriadah berlaku.

Pelbagai isu ruang awam timbul di negara ini melibatkan ruang awam tidak mesra pengguna, jalan pejalan kaki yang sempit dan fungsi ruang awam yang eksklusif, menimbulkan perasaan kurang senang dan sering diperhatikan. Fungsi dan makna ruang awam semakin lama semakin diperkecilkan.

Menurut Project for Public Spaces, ruang awam merupakan tempat di mana pergaulan sosial dan pertukaran ekonomi berlaku serta pertemuan bersama rakan dan persilangan budaya. Ia ibarat beranda depan rumah’.

Jika dilihat zaman Yunani (Greece) kuno, ruang awam adalah tempat utama masyarakat dan bandar-bandar. Tempat masyarakat berdebat, tempat mereka mengundi ahli politik, peliharaan undang-undang dan mengambil bahagian secara kolektif dalam membuat keputusan bagi perkara sivik termasuk semua elemen yang memupuk semangat demokrasi.

Di Australia pula, menurut Majlis Bandaraya Aukland, ruang awam seharusnya melambangkan gaya hidup aktif dengan menawarkan pelbagai ruang selamat dan menarik bagi sesebuah kawasan kejiranan serta mudah dicapai bagi memenuhi keperluan bersukan dan rekreasi masyarakat.

Malah, kajian merungkaikan akses ruang awam amat berkait rapat dengan kesihatan am bagi mengelak pelbagai penyakit. Pengguna ruang awam dapat mencapai tahap kesihatan tiga kali ganda berbanding bukan pengguna ruang awam. Pengguna lebih tertarik dengan ruang awam atau taman yang lapang bagi tujuan aktiviti riadah.

Jika dilihat isu di bandar raya di Malaysia, penyediaan ruang awam sangat terhad terutama bagi perumahan kos rendah. Ia agak sukar dan sesak walaupun mempunyai ruang awam yang hanya mampu menempatkan taman permainan bagi kanak-kanak dan sebilangan peringkat umur masyarakat setempat.

Artikel Berkaitan:

Walaupun penyediaan kemudahan ruang awam lebar dan rapi tetapi hakikatnya ia hanya bagi kegunaan golongan tertentu kerana ia bersifat eksklusif dan tidak mesra pengguna kerana ruang disediakan dikawal ketat serta sering diperhatikan.

Garis Panduan Perancangan Perumahan (PLANMalaysia) menyatakan bahawa 10 peratus disyaratkan penyediaan kawasan lapang dan rekreasi bagi keluasan kasar tapak pembangunan. Penyediaan tanah lapang dalam skim perumahan bertanah dan skim perumahan bercampur perlu menyumbang kepada pencapaian sasaran dua hektar kawasan lapang bagi setiap 1,000 penduduk sesebuah bandar (anggaran 20 meter persegi bagi setiap penduduk bandar).

Di Kuala Lumpur, 120 hektar tanah lapang diwartakan sebagai kawasan hijau, namun penduduk Kuala Lumpur mencecah lebih lapan juta dan memberi implikasi kepada ruang bagi setiap penduduk.

Justeru, isu ruang awam yang lapang perlu mengambil kira populasi bandar raya agar kesejahteraan setiap lapisan masyarakat terjamin.

Pelaksanaan penyediaan tempat awam yang lapang harus diteliti semula demi kesejahteraan sosial dan perpaduan bersama. Pergerakan sosial di sesebuah banda

* Dr Sheikh Ali Azzran ialah Pensyarah Kanan Pengurusan Pembinaan, Universiti Teknologi MARA

* Hafizuddin Haron ialah Pensyarah Senibina Dalaman, First City University College