X

Kindly register in order to view this article
!

Percepat vaksin pemandu e-hailing, penghantar makanan

Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan digesa mengutamakan pemberian vaksin Covid-19 kepada pemandu e-hailing dan pemandu servis penghantaran makanan bagi fasa keempat bulan ini.

Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan (PH) melalui kenyataan bersama pada Rabu menyifatkan golongan itu sebahagian daripada pekerja barisan hadapan yang memastikan ekonomi rakyat bertahan walaupun dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.

Kenyataan tersebut ditandatangi bersama oleh Ketua Pemuda Harapan, Shazni Munir; Ketua Pemuda DAP, Howard Lee dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Akmal Nasir.

Menurut kenyataan itu, golongan itu berisiko yang tinggi terhadap penyebaran wabak Covid-19 seperti pekerja industri lain.

"Pelaksanaan program vaksinasi fasa keempat sepatutnya mengutamakan mereka sebagai langkah pencegahan wabak Covid 19," menurut kenyataan itu

Dalam pada itu, kerajaan juga diminta mengkaji semula kadar potongan komisen terhadap syarikat e-hailing bagi mengurangkan beban golongan tersebut kerana kaedah itu dilihat lebih baik berbanding bantuan sebanyak RM500 secara one-off.

"Kadar terkini yang memotong hampir 20 peratus daripada bayaran kepada pemandu dilihat agak tinggi dan membebankan pemandu e-hailing.

"Cadangan kami supaya kadar potongan komisen dikurangkan kepada 15 peratus bagi meringankan beban pemandu untuk menghadapi pandemik Covid-19," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!