15 kilang, 22 pekerja kena kompaun

Antara kilang yang dipantau pada Selasa.
Antara kilang yang dipantau pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Shah Alam mengeluarkan RM194,000 kompaun terhadap 15 majikan dan 22 pekerja kilang sepanjang pemantauan produser operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, IPD Shah Alam melancarkan Operasi Khas Pematuhan SOP Covid-19 selepas menerima banyak aduan pengoperasian kilang tanpa pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara.

Menurutnya, sebanyak 333 buah kilang diperiksa dan mendapati tiga daripadanya melanggar syarat kapasiti pekerja yang dibenarkan iaitu 60 peratus sahaja manakala lima kilang tidak menyediakan laluan keluar masuk khas untuk pekerja.

"Dalam operasi itu pekerja terbabit turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Selain itu katanya, kilang yang dikenakan tindakan itu mengendalikan pengoperasian pembuatan cat, pengangkutan, penyimpanan barang barang kimia, bahan ganti telefon bimbit, percetakan, kayu, elektronik dan besi.

Pemantauan dijalankan melibatkan 333 buah kilang di kawasan Sri Muda, Shah Alam pada Selasa.
Pemantauan dijalankan melibatkan 333 buah kilang di kawasan Sri Muda, Shah Alam pada Selasa.

"Ada juga yang beroperasi tanpa surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri selain gagal mengikut arahan dalam surat kebenaran," katanya.

Tambah Baharudin, selain aduan operasi sektor perkilangan, turut diterima mengenai rumah ibadat bukan Islam yang cuba mengadakan upacara sembahyang tanpa mengikut SOP PKP 3.0.

Artikel Berkaitan:

"Masyarakat diingatkan bahawa aktiviti sembahyang di rumah ibadat hanya boleh melibatkan 12 ahli jawatankuasa.

"Kerjasama dan kepatuhan semua pihak amat penting dalam usaha kita memutuskan rangkaian Covid-19," katanya.