Kubur Wang Kelian: Siasatan RCI dijangka 6 bulan

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi isu pemerdagangan manusia dan kubur di Wang Kelian, Perlis tiga tahun lepas, dijangka melengkapkan siasatan dalam masa enam bulan, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, pelantikan kesemua anggota RCI tersebut sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan beliau akan menemui mereka minggu depan untuk taklimat memulakan tugas.

"Siasatan akan ambil masa enam bulan dan laporan lengkap akan serah kepada kementerian saya untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program derma darah anjuran Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation dengan kerjasama Pusat Darah Negara, di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tubuh RCI isu pemerdagangan manusia, kubur di Wang Kelian

Pada Mei 2015, negara dikejutkan dengan penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand. - Bernama

Artikel Berkaitan: