Empat lelaki ditahan,rampas dadah bernilai RM6,860

Antara dadah yang ditemui dan dirampas dalam serbuan di Jeransang dekat Benta, Kuala Lipis pada Isnin. -Foto ihsan PDRM
Antara dadah yang ditemui dan dirampas dalam serbuan di Jeransang dekat Benta, Kuala Lipis pada Isnin. -Foto ihsan PDRM
A
A
A

KUALA LIPIS - Polis menahan empat lelaki warga tempatan kerana disyaki memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM6,860 dalam satu serbuan di sebuah pondok dalam kebun getah di Jeransang dekat Benta pada Isnin.

Kesemua suspek berusia 21 hingga 40 tahun itu itu ditahan kira-kira jam 7 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Lipis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pemeriksaan di atas lantai dalam pondok itu menemui satu beg kecil berzip yang mengandungi 15 paket plastik lut sinar yang mengandungi pelbagai jenis dadah termasuk syabu dan Yaba.

Menurutnya, saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan bebas Covid-19 hasil saringan awal di Hospital Kuala Lipis.

"Kesemua suspek memiliki rekod lampau berkaitan dadah siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1) (a) akta sama," katanya dalam satu kenyataan media, Isnin.

Sementara itu, Mohd Azli juga memberitahu, kesemua lelaki itu juga ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta gagal mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021.

Artikel Berkaitan: