X

Kindly register in order to view this article
!

Siasatan runtuhan perancah besi ambil masa dua minggu

Izham ketika sidang akhbar selepas melawat tapak pembinaan lebuh raya berdekatan Kota Damansara, Petaling Jaya pada Isnin.
A
A

PETALING JAYA - Siasatan insiden runtuhan perancah besi sebuah lebuh raya yang sedang dalam proses pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara di sini akan dijalankan selama dua minggu bagi mendapatkan kepastian punca kejadian.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, siasatan tersebut akan diselaraskan bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan pihak konsultan bebas bagi memastikan projek pembinaan tersebut selamat untuk diteruskan.

Beliau yang melawat tapak pembinaan lebuh raya tersebut di sini pada Isnin turut mengesahkan tiada kes kesesakan atau ‘overcrowding’ berlaku semasa insiden tersebut seperti yang dilaporkan sebelum ini kerana pembinaan perancah tersebut hanya melibatkan empat orang pekerja di lokasi kejadian.

“Kerja-kerja pembinaan juga akan dihentikan sepanjang tempoh siasatan berjalan. Kita perlu menunggu laporan hasil siasatan untuk menentukan tindakan selanjutnya.

“Saya meminta pihak LLM dan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) supaya mengambil langkah tambahan untuk memastikan tempat pembinaan ini dijaga dengan baik dari segi keselamatan pekerja,” katanya ketika sidang akhbar selepas lawatannya itu pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Perancah besi runtuh: Kerja pembinaan diarah henti serta-merta

Insiden runtuhan perancah besi: Seorang pekerja disahkan maut

Perancah besi lebuh raya runtuh, dua cedera

Pada Sabtu, Prolintas menghentikan kerja di tapak pembinaan tersebut serta-merta berikutan insiden perancah besi atau ‘scaffolding’ jatuh di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Prolintas menerusi satu kenyataan pada Sabtu turut mengesahkan kejadian tersebut melibatkan projek pembinaan lebuh raya berdekatan Kota Damansara yang diuruskan syarikat pemaju Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan seorang pekerja warga asing yang terlibat dalam insiden runtuhan perancah besi di lebuh raya berkenaan meninggal dunia pada petang Ahad.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia disebabkan trauma pelbagai dan disfungsi pelbagai organ akibat serangan jantung ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!