Lelaki ditahan kes menyamar pegawai bekas KP SPRM

image (1)
image (1)
A
A
A
JOHOR BAHRU - Seorang lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pejabat SPRM Batu Pahat malam tadi bagi membantu siasatan kes menyamar sebagai pegawai peribadi bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Menurut sumber, lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai bersubahat dengan membenarkan akaun bank miliknya digunakan dalam permintaan dan transaksi wang rasuah berjumlah RM40,000 oleh seorang lelaki yang dikatakan pegawai peribadi kepada Datuk Dzulkifli Ahmad yang semasa kejadian tersebut adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Permintaan dan transaksi dikatakan adalah bagi menutup kes pengadu yang memberikan wang rasuah sebanyak RM40,000 kepada seorang pegawai polis untuk kes khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah dan kes scam yang didakwa berlaku Mei tahun lepas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi di sini mengesahkan tangkapan. - Bernama
Artikel Berkaitan: