X

Kindly register in order to view this article
!

'Varian baharu Covid-19 semakin mengganas'

Dr Noor Hisham
A
A

SHAH ALAM - Varian baharu Covid-19 ketika ini semakin mengganas dan mengakibatkan jumlah kes kematian yang tinggi.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kemaskini di Facebook rasminya pada pagi Sabtu.

"Terkini dengan varian-varian baharu virus ini semakin mengganas menjangkiti lebih ramai orang dengan cepat dan mengakibatkan kes kematian yang tinggi," katanya.

Beliau dalam pada itu terus memberi semangat kepada petugas barisan hadapan dalam meneruskan pejuangan menentang Covid-19.

"Buat petugas-petugas barisan hadapan, teruskan berjuang menentang Covid-19.

"Kita adalah benteng pertahanan negara,"katanya.

Sementara itu dalam kemaskini berlainan, beliau memaklumkan Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mula menerima pesakit Covid-19 bermula Jumaat.

Menurutnya, pengambilmilikan sementara hospital itu dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan kuasa di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 4 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

"Ia bagi membantu KKM meningkatkan kapasiti rawatan Covid-19 di sekitar Lembah Klang.

"Hospital ini menerima rujukan hanya dari Pusat Kawalan Covid-19 Bersepadu Wilayah Tengah yang berperanan mengkordinasi pergerakan dan penempatan pesakit di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Setakat pagi ini (Sabtu), terdapat 14 pesakit dengan gejala serius sudah dimasukkan ke hospital ini termasuk seorang di unit rawatan rapi (ICU)," katanya.

HPKK UKM merupakan hospital yang baru siap dibina dan kali pertama hospital tersebut menerima pesakit pada Jumaat.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!