X

Kindly register in order to view this article
!

Copa America: Argentina tenang jinakkan Uruguay

Antara aksi menarik pertemuan Argentina menentang Uruguay dalam aksi Copa America sebentar tadi.
A
A

ARGENTINA akhirnya menemui rentak kemenangan Copa America apabila menang tipis 1-0 ke atas Uruguay dalam aksi kumpulan B sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Nacional de Brasília tersebut, jaringan babak pertama Guido Rodríguez pada minit ke-13’, sudah cukup menceriakan penyokong negara yang terkenal dengan komuniti bola sepaknya.

Kemenangan itu membolehkan Argentina memimpin kumpulan dengan empat mata selepas mengharungi dua perlawanan sambil diekori rapat Chile.

Argentina yang terikat 1-1 menentang Chile pada aksi pembukaan sebelum ini, dijadualkan menentang Paraguay pada Selasa depan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!