Copa America: Ketangkasan Farinez bikin anak buah Rueda kecewa

Antara aksi menarik pertemuan Colombia menentang Venezuela di Stadium Olímpico Pedro Ludovico, Goiânia.
Antara aksi menarik pertemuan Colombia menentang Venezuela di Stadium Olímpico Pedro Ludovico, Goiânia.
A
A
A

HASRAT Colombia untuk mengekalkan momentum positif pada kempen Copa America tidak kesampaian apabila terikat tanpa jaringan ketika menentang Venezuela di Stadium Olímpico Pedro Ludovico, Goiânia sebentar tadi.

Biarpun anak buah Reinaldo Rueda tampil cemerlang dengan menguasai perlawanan, namun ketangkasan Wuilker Farinez yang menyarung jersi kelab liga Perancis, Lens mengagalkan deretan percubaan jentera depan La Tricolor.

Taktikal Rueda mengekalkan Duvan Zapata dan Luis Muriel yang tampil dengan 12 percubaan pada babak pertama juga masih gagal menewaskan

penjaga gol berusia 23 tahun tersebut.

Tindakan Rueda memasukkan Luis Diaz dalam usaha merobek gawang Venezuela juga tidak memberi impak, sebaliknya pemain yang beraksi untuk kelab Liga Portugal, Porto FC tersebut dilayangkan kad merah pada masa kecederaan.

Artikel Berkaitan: