DUN Johor perlu bersidang

Aminolhuda Hassan
Aminolhuda Hassan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad digesa mengemukakan pandangan berhubung pembukaan semula sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, gesaan itu selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah pada Rabu yang mengesyorkan agar DUN turut bersidang dalam kadar segera.

Beliau berkata, pembukaan semula sidang DUN cukup penting bagi membincangkan masalah yang berlaku bagi pemulihan semula Johor.

"Di peringkat negeri juga harus melihat setiap perkara bagi memenangkan rakyat yang semakin terhimpit dengan isu Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berpanjangan.

"Justeru, penilaian untuk membuka semula sidang DUN harus diperhalusi dan diangkat bagi membolehkan pandangan daripada pelbagai pihak didengar serta dilaksanakan demi kebaikan rakyat," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Aminolhuda yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, pembukaan semula sidang DUN Johor bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Jelasnya, Johor sebelum ini pernah membuktikan bahawa kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan 26 ahli Parlimen mampu berbincang memberikan pandangan berhubung langkah membantu rakyat ketika Covid-19.

"Pembukaan semula sidang DUN akan membuktikan kematangan wakil rakyat Johor dalam menyambut seruan dan titah Yang di-Pertuan Agong dalam usaha mengembleng semua tenaga, usaha dan idea daripada pelbagai pihak yang tentunya mempunyai pendapat mereka tersendiri.

Artikel Berkaitan:

"Saya sekali lagi mencadangkan agar Menteri Besar Johor mempertimbangkan pembukaan semula sidang DUN bagi memperkuatkan lagi usaha dalam membantu rakyat," katanya.