Penyebar berita palsu Pak Lah meninggal dunia berdepan tindakan

Tular di laman sosial mendakwa Pak Lah meninggal dunia dalam usia 81 tahun pada Khamis.
Tular di laman sosial mendakwa Pak Lah meninggal dunia dalam usia 81 tahun pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran berita palsu yang mendakwa bekas Perdana Menteri kelima itu meninggal dunia.

Dalam satu kenyataan, pejabat itu memaklumkan bahawa Abdullah atau dikenali sebagai Pak Lah berada dalam keadaan sihat di samping keluarga.

"Pihak pengurusan berharap masyarakat dapat memastikan dahulu kesahihan sebelum menyebarkan apa-apa berita bagi mengelakkan kekeliruan," kata kenyataan itu pada Khamis.

Pada Khamis, tular di laman sosial yang mendakwa Abdullah meninggal dunia pada jam 11.55 pagi.

Artikel Berkaitan: