X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 27 November 2021

Ringgit susut berbanding dolar AS

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu dibuka pada Khamis berikutan dolar AS meningkat selepas Rizab Persekutuan (Fed) AS memberi bayangan untuk menaikkan kadar faedah pada 2023.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu merosot kepada 4.1360/1385 berbanding dolar AS dengan penurunan 0.5 peratus atau 205 mata asas (bps) daripada 4.1155/1180 pada penutupan Rabu.

Menggambarkan isyarat kenaikan Fed sebagai suatu kejutan, peniaga berkata laporan itu telah menyebabkan aliran keluar modal daripada pasaran pesat membangun termasuk Malaysia, justeru menjadikan mata wang mereka merosot berbanding dolar AS.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan keputusan Fed untuk mengekalkan kadar faedah pada paras semasa 0.25 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Terbuka Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) yang berakhir pada Khamis sebagai langkah yang memang dijangkakan.

Meskipun ringgit terjejas dengan berita kenaikan kadar faedah AS, peniaga berkata, penurunan itu telah dikekang oleh keputusan Raja-Raja Melayu bahawa tidak ada keperluan untuk untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur di negara ini

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan berkata, Raja-Raja Melayu yang menghadiri perjumpaan di Istana Negara pada Rabu menyokong dan senada dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar Parlimen segera bersidang.

Raja-Raja berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman untuk menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat terutama dalam hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.

Sewaktu dibuka, ringgit mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia naik berbanding pound Britain kepada 5.7801/7836 daripada 5.8090/8126 sewaktu ditutup pada Rabu dan mengukuh berbanding euro kepada 4.9582/9612 daripada 4.9896/9927 pada Rabu.

Unit tempatan itu naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0953/0974 daripada 3.1032/1053 dan meningkat berbanding yen kepada 3.7342/7368 daripada 3.7431/7453. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!